nuffnang

8 May 2013

homaigodd saya update blog

homaigodddd i hupdate blog wehh malam nih. rasa tak percaya . berbekalkan hati yang setengah cekal yang tengah rasa gundah tak berapa nak gelana mula menaip naip ayat dalam hentriiii nih. walawehhh

tetttt
mati idea ....
_______________________
i dah tak tahu nak thulihh ape nih.
mati idea,mati kutu eh puhhh kutu babun.. apa kau buat kat sini.. siuhhh pegi jauh jauh

hmmm ape yer
hmm jap i nak pikir.
camne nih nak tulis..
alaa mana idea nih tak datang datang lagi.

jap2 dia otw nak sampai dah nih.
cikit lagi. dalam 500 meter lagi
300 meter lagi.... 200 meter lagi.... 50 kilometer????
Aik semakin jauh pulak

halamakkkkk
otak i jemmmggg tart nenas dah nih.
nih mesti duk seghabut pikir pasal result.
bukak je pesbuk orang ramai duk post pasal result sem.adoiyaaa
henti napas i baca. sepuluh saat tak bernapas.lepas tuh. napas balik. hee

haaa camni lah i nak tulis..
ok kita start dengan permulaan yer kawan2 .

dikala bulan mengambang pada malam hari (kejap nak pegi intai kat tingkap bulan mengambang ke tak) arghhh lantak lah. i keseorangan dalam bilik nih . dah pegi mana roomate yer.
pegi tido.

owwhhh sambil  angguk.

bila sahaja kawan2 i start tanya hari ni hari apa?
 pecah dada pikir .
result wehh ai kamis nihhh

tapi

selamba je kawan i cakap eh kenapa dengan result.
aku nak pegi pasar malam ai kamis nih.

 !@#$%^&*()

aku tanya hari nih hari apa sebab dah tak sabar nak pegi pasar malam bukan pikir pasal result. jawab kawanku ini.
fuhh bertuah la punya kawan.
dia tak tahu yang kawan dia nih sorang dah rasa heart attack bila tanya hari nih hari apa.
arghhh


seboleh bolehnya i try elak dari perkataan result. u know when heard je result . rasa macam kucing jantan nak beranak je. tak duduk diam. haaa korang pikir la macam mana kucing jantan nak beranak nih.

jadi i pun mengambil langkah berjaga dari perkataan itu.

okeh apa yang i buat?

i bukak pesbuk . tujuan senang je. nak bersosial kejap lagipun dah lama tak bukak pesbuk nih. boring uollsss pesbuk nih bagi i sekarang. dah tak macam dulu.

kalau dulu lepas spm pagi petang malam duk terconggok depan facebook nih. bila je mak tanya. along tengah buat apa tuh.

tengah ulang kaji nih ma, facebook. jawab i kepada mak.

tapi sekarang nih.

semuanya sudah berubah
amboi ayat tak menahan. kambing baca pun ketawa tercabut peghut nih.

haaa tengok ejaan facebook pom dah jadi pesbuk. singkatan katanya. malas nak tulis panjang2. bukanyer ada cikgu bahasa melayu pun nak tolong betulkan ayat i nih.

kalau dulu eja satu satu F.A.C.E.B.O.O.K sekarang...?
entah

tepuk dada tanya sakit ke tak. mesti lah sakit awak oi

haa sambung cerita tadi. bila je i on fb(tengok perkataan tingal dua je ) nampak tak malasnyer nak taip.
i scroll lagi kebawah. ok tak de pape. good..perkataan result pom xde lagi setakat nih. senang hati

5 minit kemudian

1 notification .u have been tagged by somenone.

eeeee tak sabar rasanya nak tunggu pukul 12.30 malam nih. result berdebarnya rasa .
tagged elina(tulisan biru).

whyyyyyy me???

kenapa tag saya.

molek2 je heart beat normal.. terus jadi kritikal.
lepas je dari baca noti tuh. orang dah start post pasal result .
berdarah mata nih baca status tuh.

baiknya kawan i nih tag kat i.
 sayang lebih la kat kau yer teman.

terus i off fb . naik katil tido sambil tikam bantal golek. haa puas hati i. result? arghh biarlah rahsia dulu.minggu depan baru i nak tengok. haaahaaahaa.

bye!

2 Mar 2013

Bila stress datang menjelma

helehh, buat muka terkejut letew. i tahu la i jarang update entri. takyah lah buat muka terkejut cengini. 

bila je kubuka new post
pasti ku akan tekan "X" balik
bila je ku klik new post
pasti ku pangkah balik
bila je kubuuuu PANG !!
haaaaa
dah naik darah dah kak kiah nie baca entri pendahuluan kau elina oii
gambar nie takde kaitan antara hidup dan mati

maka berdaroh la hidung si elina ini bila dilempang oleh kak kiah yang panas barang *katanya famili dia semuanya berdarah panas. haa sebab gitu la dia selalu je lempang orang bila je dia bengang. 
kalau boleh hobinya itu melempang orang.penyakit keturunan katanya. leeeemmpanng orang adalah hobi kak Kiah.

oleh kerana hobinya suka melempang orang tidak kiralah tua, muda besar kecil habis dilempangnya. haa ganeh tak kak kiah kita.

10 tahun yang lepas, masa itu kak kiah baru je masuk form 1, bila je cikgu suruh buat karangan .oleh kerana terlalu minat yang sangat mendalam kepada hobinya yang satu tiada dua and tidak berbelah bahagi.hamboii bahasa.tak menahan yer kau helina saufi !eh eh sambung pasal kak kiah.
 Tajuk karangan kak kiah adalah MELEMPANG ORANG ADALAH KERJA SAYA.
haaa... mendalam kang minat kak kiah tuh.

PANGGG !!

hadddoiii

eh kenapa kau pegi ceghita kat orang pasal kak kiah nie. malu la kak kiah. kan habis orang tahu pasal hobi kak kiah. biar engkau je la tahu pasal hobi nie. takkan orang lain pom nak gitahu semua.

nie habis saya dah tercakap nie camne kak kiah.

arghh kak kiah tak kira, hang keno tarik balik jugak cerito tuh.
heh?

okeh2

kenkorang semua, anggap jela yer i tak kasi tahu pasal hobi kak kiah tuh yer "melempang orang" eh teroyappp pulak. hehe.

kak kiah : smileee *__^

haaa back to our entri.eh
ahhh lantaklah . otak i pun dah tak berapa nak betul sekarang nie. i dah tak boleh nak lepas sokmo dekat blog kesayangan nie. apatah lagi nak hupdate setiap hari. hmm jawabnyer  tak lah kannggg. hesingment , kuiz, test, tuh belum lagi revisionggg bab yang lepas2. haishh macam mana la i nak hidup bahagia di samping suami tercinta.heh. eh tak tak. gini. macamana la i nak hidup dengan bahagia . heee
peace no war !


so sini nak habak,
uolllss , test i tiap2 minggu hade. every thursday uollss
habis la i. dah takboleh pegi pasar malam.
heh


iyer la pasar malam setiap khamis je. 
heeee
anrghh lantak la dengan pasar malam. baru tak habis cikit duit haku nie .
nie tengok je makanan semua nak. kalau boleh sekali dengan mak cik,pak cik, adik hensemmgg, abang hencemgg kecuali nyahh ler nak  beli sekali. lepas tuh bawak balik. heee


so disitu ternampak sangat jelas lah sangat amalan syaitonnn mempengaruhi hidop kita. haa watak ustazah mula menjelma sekejap dalam diri i. 

cubalah korang bayangkan 
bila je kita pegi ke pasar malam, pastu tengok ayam menari golek- golek atas bari api(ayam golek) , ayam berendam(ayam goreng) , ayam  warna merah(ayam madu) haaa. tak ke naik nafsu makan tuh. tanpa kita sedari kaki tangan serta tidak ketinggalan sekali mulut kita mula lah bermain peranan disitu.
abang, nak ayam madu 2 ketul yer(peranan mulut) and then bagi duit(peranan tangan) and blah dari gerai itu(peranan kaki)*gerai lain pulak.sama je procedure yer.

haa see, betapa kakitanganmulut dapat bergerak dalam satu masa.

good joob !

pastu bawak balik, then makan sekejap dah kenyang pastu makan lain yang beli belum lagi sentuh.haa kang membazir.

okay enough
i pun dah tak nak membebel pasal nie lagi. just untuk peringatan untuk diri i nie*yang suka sangat membazir.haishh. takleh tengok makanan sedap ckit.mulalah tuh tunjuk2.

need a change !! take a note

so, another story 

hmm malam tadi dari pukul 8 untill sekarang.
have you ever wonder what im doing?

tingggg tongggg

haaaa,
stalk !!

yessss!!
stalk facebook uolllsss

actually i jarang sangat  nak stalk fb orang nie,melainkan dia tuh model, orang hot and spicy btw saya mengidam nak makan kfc.
eh eh back to our story.

ok 
but this night!!
i and my friend nadiah(nad*nama glamour) but im use to call yah or k.yah. dont ask me why im calling her  with her special name (k.yah.) .im just feel very respect to her and when i just call her yah ,i felt something missing. haa maybe there is no kak?

maybe .
haa
btw im use too and sometime she call me kak na
and at the same time when  she call me with that "an honour name" ,the other friend was like !@##$%%
eh leena ,hmm kau umur berapa hah ? and why she call you in that way ?
hello kami nie sebaya ok. 

NAMA MANJA kot. choiii ler korang nie.haha

haaa, ok 
this time Yah sangat esaitedddd oullss.
sebab?

hmm kitorang stalk pasal nyah 
erkk i ulang sekali lagi

lelaki yang berkelakuan sebagai perempuan(maknyah). *eh betul ke definisi saya ni. nanti tak pasal2 kena marah oleh cikgu bahasa. yerkkk


hmm uollsss
kalau nak tahu, nyah sekarang nie lawa giler. makin lawa dari uolsss tau. Yah tengok pom asyik dok puji je sokmo. jeles i tau. takde pulak dia nak puji member dia sebelah nie. haihh.gurau je.

oklah i dah nak chow luh. badan dah berpeluh sangat nie. baru je lepas bermain badminton dengan roomate and classmate circuit. punya la tak leh bla skill masing2. kalaulah Chong Wei tengok nie boleh meratap beliau.

P/s : ada dua test lagi sedang menanti . yerkkkk!! stresss !

lot of love
EL (haish nie pengaruh dari drama setia hujung nyawa ler nie. eh.)
ahhh lantak ar
nama i elina kot. so singkatan el... heehe
peace yaww !! selamat malam and please guys pray for Lahad DATU.



1 Feb 2013

kertas kiut yang mahal

kertas kiut yang mahal? apakah itu ?
entri ini ditujukan kepada stesen bas yang kiut miut serta penjual tiket bas yang lagi lagi lagi lagi la kiut serta liut melentok rebah tersungkur ke bumi. haaa , nampak tak betapa sayang nyer saya kepada stesen bas. tetapi ku sangka kan hujan tapi ribut di tengah hari.
nampak yer  perasaan stesen bas terhadap dahku tidak pernah nak berubah merjadi kubah empat segi tiga.heh
holohhh, nak merajuk la cemgini .

haish, tak paham la apa yang awok thulis nie. apa maksud awok nie leena?

first lemma clear one thing, haaa kertas kiut yang mahal. korang dapat agak tak apa tuh ?
TIKET BAS .
"dah bakpe awak panggil dia kertas kiut yang mahal", kedengaran chek bedah kita bertanya.
"saya jeles tau awak panggil kertas tuh kiut,nape awak tak paggil kita nie kiut jugak,kita nie kiut apaaaa" 
hamboi cik bedah.
iyer la cik bedah pom kiuuuuttt jugak lerr.*cakap sambil batuk2. nampok benor keihklasannya itu hanya 0.01 percent. heee
ok, meh i nak tukar ckit "just believe ur "tiket bas"and you will reach in ur hometown.

untuk pengetahuan kalian di sidang tak berapa nak hadirin,
selalunya kertas kiut yang mahal itu lah selalu selamatkan i yang terumbang hambing dilambung badai kus kus nie bila tiba je musim cuti sekolah, cuti raya cina, cuti buat sendiri.heh

tetapi kali ini, kertas kiut tuh tidak lagi menyelamatkan i. 
ini kerana tiket sudah habis dirembat orang. jadinya i tak terkesempatan untuk membeli. huwaaa
jadi i pun dengan senang   berat hatinya call mak dengan harapan setinggi gunung kinaballu. 
you brought "ticket " in my life .heh 

tuttt, tuttt
"hello ma, hmm sini ada beghita tak berapa nak baik ckit
tiket bas habis dah maaaaa", nak balek ngan ape nie? kang balek jalan kaki ada je dalam seminggu baru sampai umah"

mama i berfikir sejenak menggunak otak kanan and kiri agar idea datang..
puhhhhh

idea mula meneranjang keluar dari benak i.
"takpun gini la ma, ina balek dengan kawan je la tompang kereta tapi kena ikot diorang pergi gambang dulu.maybe balek lewat ckit kot.tapi ma,actually orang tak nak pegi sebab ada hal lain and kena balek awal jugak"*nada sedih nih .

tiba tiba mama i cakap , hmm kalau gitu nanti mama and abah jela pergi amek.

homaiggoooD! 
yeayy! tak kusangka plan ku menjadi.. yeayyyy! abah datang ambik , abah datang amek.heee *terharu!


PLAN I MENJADI !!!
SUKA SUKA SUKA


and lastly, mak i tanya eh ada bakpe kena balek awal, ada hal apanya?

i said: da janji dengan salwa nak pegi beli no digi sama-sama. heee

my mom like !!@$%%^ hmm ok. 


so bye2 tiket bas, i tak perlukan you buat masa nie.
haaa, meh ckit i nak hembus tiket nih.. puhhhhhhh puhhhhhhhhhh. adoi semput pulak



26 Jan 2013

saya tak tahu nak bagi tajuk apa :D


saya suka belon! erkkk tetiba 

hi selamat pagi korang,

selalunya i bila je klik "new post" , mula la ingatan nie teringatkan eh baju aku dah cuci belum?, omaaigod test malam esok!, kuiz minggu depan !, assingmnent aku tak siap lagi ! " eh kambing aku belum bagi makan lagi.heh *ada ke ?

gambar ini tiada kaitan antara hidup dan mati.


jadi i dengan senang hati   berat hati mula klik tanda pangkah . so, i pergi la basuh kain guna mesin basuh (perlu ke mention ) , bagi kambing makan nasi (kambing makan nasi ke ?) , copy paste buat assingment kawan, dah study untuk kuiz dan test .

jadi kepada mama and abah ,
janganlah anda risau kepada puterimu ini kerana puterimu sudah menyiapkan kerja yang perlu selesaikan . jadi lepak kat sini bila ada free time je. hewhew *berdaroh hidung korang baca . ayat tak boleh blah. kalah A samad Said. haa , boleh ganti tempat A Samad Said dah nie. hmm nak tukar nama la pulak jadi A.Elina Samak kena basuh 7 kali.heh

study, study ,study


nanti jangan la yer mama pegi inbox pesbuk sambil membebel dua bakul yer. hmm abah tak reti nak main pesbuk2 nie. mama je up to date ckit. heee

i dah cakap awal2 dah kat ma jangan bebel depan2 . nanti kang turun saham. hee . so dia inbox je la.

eh dah panjang pulak intro dia nie.
buat pengetahuan saudara sedari yer. nie belum masuk pendahuluan lagi nie.

haa nie baru nak start pendahuluan .

meh nak story cikit 

begini ceritanya

malam tadi i baru je balik test ECE. sebelum test tuh, bila je bukak pesbuk and twitter ramai je orang duk sebuk pasal test ece. good luck la, doakan supaya jawab test dengan baik

 so i pun nak post la satu.
"test ece, test ece,test ece ? apa aku nak jawab nie weyyy !

insyaallah

serius , makin lama i study makin tak paham pulak. eh kurang paham kata sir yusoff,lecture linear system i. bukan tak paham yer. i ulang lagi sekali.

 Dengan berat hati serta berat mata memandang lagi, i mula melangkah kaki ini ke dewan dengan membawa seribu impian yang tidak dapat ditunaikan . Test ECe mesti akan ku tempuhi !!

setiap langkah membawa sejuta satu erti . hoho


jadi bila kertas diedarkan dan boleh mula menjawab , i pun jawab dengan stail redha and berserah.

bajet stail cemgini lah i jawab test tadi. haaaa. padahal apa pen tak sure jawapan dia. eksenn je lebih.


dan bila je lecture umumkan masa sudah tamat. muka rakan-rakan i tak boleh blah semua. happy semacam je. macam nak celebrate je lepas test tuh. hamboi lepas test je pun. bukan final.

maap kak lisa sughi ghumaahh , saya curik gambar kak kejap yer sebab ekpresi muka akak sama dengan saya. *time abis test. yeayyyy!!! cepat je pegi hantar kertas kat depan . hehehe.... eeee tak sabar,tak sabar nak hantar kertghass niee!!!
ok dah habis , ceghita pasal test nie. makin dicerita makin tertekonnn rasanyer.

haa, baru-baru nie uoll i celebrated maulidur rasul. sambut dekat u. jadi kitorang join perarakan maulidur rasul. perarakan tuh start pukul 7.30 . tapi janji melayu katakan dalam pukul 8 lebih baru bermulanya majlis.

jadi ini kali kedua i join perarakan. yang first tahun lepas i join.



tema kitorang warna biru tau. thank god ! heee... i minat biru sebab tuh la bila je kolej umumkan yang tema kolej kitorang warna biru and merah i dah mula senyum sampai telinga. yes ! i know which baju kurung i will wear on that day .

eh wait ! where im looking ?? alahaaii patut kawan i bengang cakap i tak pandang kamera. then i answered: weyhh candid kan. candid hotak hang ... heh


 again i did look straight ! arghh... nampak cacat je kan. diorang bukan main lagi sengih bila nampk camera. i pulak ? pandang sebelah lain ... hoho . sorry guy.next time i'll not do it. 


time perarakan. we walked start from stadium until DA which is about 1.5 KM . 

me, ila and mama(dura), ila called dura "mama" i dont know why. maybe dura penuh dengan sifat keibuan. maybe . heee


at DA, please guys dont ask me DA stand for what. i tak ingat nama  penuh dia. heeee .. we just called it DA. so it DA tadaaaa. time nak tunggu penceramah datang .jadi apa tunggu lagi , bergambar la yer.. 


setakat tu jela i nak cerita. mengantuk dah. esok nak kena bangun awal sebab nak pergi teman kawan ambik ubat ulser and buasir kat klinik. heh. shhhhhh
*kalau jadila

p/s: maap yer jika anda tak paham dengan ayat i yang berbelit.untuk pengetahuan korang. i baru balik dari test jadi otak tengah mereng lagi.hee selamat tido! bye!

6 Jan 2013

microwave yang boleh membunuh.heh

i masak maggi ! 


hi.
saya suka makan maggi. hari-hari saya makan maggi. genap sebulan atau lebih mungkin rambut saya tinggal sedikit jika hobi saya ini terus berkekalan. jangang pernah cuba salahkan leukimia jika rambut gugur. asyik2 rambut gugur je sedikit mesti salahkan leukimia. kesian leukimia. insan yang tak berdosa .heh.

habis sapa aku nak salahkan kalau lagu nie jadiknya?
eh tak sabar pulak piah nie.
sabar piah oi. tengok tuh rambut nak gugur dah tuh piah. 

sila salahkan microwave yer tuan puan ,adik beradik sekalian semua. haa

aik dah bakpe nak salahkan microwave yer pulak ?

cuba anda berpikir sejenak... ting toong tinnnnggg

anda masak maggi mengunakan apa ?

dengan bangga nya  kak peah kita jawab "MICROWAVE LER"
buat apa tak guna jika pihak kolej bagi kemudahan itu.

tiba-tiba ada mencelah. eh saya guna air paneh pun buleh masek magghii kak leena?

dussss !! sebijik kasut melayang ke muka budak  inocennt tuh.*kak piah ler punya kerja. pantang katanya jika ada orang tak menggunakan kesempatan dah kemudahan yang ada nie.

contoh ?

masak magghi menggunakan MICROWAVE!

hidup microwave...!!!

tetapi ?!!

haish ada jugak tapinya "kata kak piah . 

ko nak makan kasut ke leena oi. 
nampakyer kak piah kita tak menyabar orang yer. patut ler sorang pom tak nak dekat.

eh ehehe

okeh ,apa yang i nak ceghita kat awak-awak nie yang tupperware i dah bengkak bengok akibat ular sakit perut tak masuk jamban. heh. 
jagalah hang incik microoowavee .hari nie hari hang takpe esok lusa hari i plak. huwaaa.. tuprerware biru kuuu

ini semua akibat microwave yang sekarang ini belum diketahui motif nya terhadap i.

jadi i nak dah buat bancian *bukan bencian, setelah dikaji selidik oleh pakar2 pembuat dan peminat maggi tersebut.persoalannya?

-adakah microwave itu mempunyai dendam terhadap saya sehinnga menyebabkan bekas tuperware saya tidak ke bentuk asal nya?

-adakah microwave mempunyai perasaan iri hati kepada saya kerana selalu makan maggi?

- dan yang terakhirnya, adakah saya pernah cuba merampas awek microwave sehingga dia membuat perlakuan sedemikian?

kenapa????


huh

5 Jan 2013

Elina ? sesi perkenalan diri dulu

hallo,
nama saya Nor Elina
anak kepada pakcik Saufi
umur saya 20 tahun
wawasan menjelang tahun 2013 saya ialah ingin mengubah sikap kurang malas saya.eh bukan malas. kurang malas .take a note yer tuan puan sedara sedari sekalian.


encik "please introduce yourself", nama saya elina. meh nak eja.. ELINA. bukan HELIZA.. eh ada sangkut paut ke?


wohaaaa, intro i dah macam nak introduce diri masa awal sem kuliah depan orang je bila ditanya "ok korang,sila nyatakan nama,umur dan wawasan sekali yer sebab kita nak masuk tahun baru.heh

sebenarmya i nak cerita pasal blog i nie. this is my second blog.
blog i yang first tuh i dah suruh arbod i tolong handlekan .
katanya tak lekang dek tangan nak menghandlekangggg. ganu ckit kanggg.
dear arbod,tuanmu ini officially bagi blog first tuh ke ebokk yer.muahhh
arbod? sejenis apakah itu?
kuey ke?

haaa salah yer tuan puan dato datin sekalianggg,
arbod is my kucing.amboi kau punya bahasa boleh dimamah pastu lempar dalam tong sampah. bahasa apa kau guna nie leena oi?

eh cik kiah kita dah naik angin dah , ala bahasa rojak ler cik kiah. kita boleh guna dalam blog je. dalam kelas bahasa melayu tak boleh. cikgu naik darah dengar. katanya fobia dengan bahasa rojak nie. kalau dengar je bahasa buah rojak nie rasa nak marah je kepada pengguna. jadi dengan ini saya hanya berkesempatan menggunakan ia dalam blog nie sahaja. harap tuan puan jangan naik darah plak yer.
 nanti darah tinggi. sape yang susah , tuan punya ler. i tak. hee

sebenarnya masuk perenggan nie i dah tak tahu lagi nak tulis pasal apa. hmm jap i nak pikir yer. haish tak payah ler . meh sini i tulis.korang baca.

1,2,3 ok go !

i amik engineering. tak ramai perempuan yang ambil bidang nie. jadi kalau dalam kelas kitorang sekarang nie pom paling ramai dalam 5 or 6 orang per kelas. paling sedikit 2 orang dalam kelas. haaa jadi kami2 ini dikelilingi oleh jejaka lah semuanyer dalam kelas.uhukkk

perenggan ke berapa?
sila kira sendiri. otak i tak boleh nak berfungsi. mungkin disebabkan i baru je lepas buat report lab. discussion tak siap lagi. i dah tak boleh nak pikir dah discussion tuh. soalan dia takterjawab oleh i. kalau lah dia tanya kucing hang ada berapa ekor kat rumah, sila nyatakan nama kucing anda. boleh la jugak i jawab
haa
dengan bangga pulak tuh nak jawab discussion cemgini.
nie ada ke patut tanya pasal inverting and non inverting. i pun buat experiment hari just main buat je. kalau result dia dekat benda yang bernama oscilloscope tuh lawa.  haa kira jadila tuh.


perenggan baru

meh nak tadah bekas. banyak sangat tuh air mata awak. besen ke baldi ? ha pilih yer? nak dua2. erkkk


esop i ada kuiz electronic. haish. MOSFET,JFET,BJT dan seangkatan dengannya itu membuat hidup i terumbang ambing. bila je dahku ini masuk ke kelas electronic untuk memahami seangkatan benda beralah nie. emosi mula la buat peragai. haish . katanya emosi tak setabil ghituhhh.

baiklah setakat ini sahaja lah yang i nak ceghita.malas nak tulis panjang-panjang. nanti marah pulak kawan kita yang lain yang nak masuk pertandingan esei paling panjang tuh. tulis cerpen pom boleh jugak .heh.

perengganggg penutup
sama2 lah kita akhiri hidup eh slot kita hari nie dengan memperbanyakkan doa kepada saya supaya boleh jawab kuiz esop agar tidak menjadi seperti ini.(syahdunya ayat) ~ "berdaroh idong kambing i baca". kata cik timah isteri pak abu bakar ali. rentung ali kena bakor kat pak abu nih.
ganeh jugak kambing you nie yer buleh plak baca blog i.



lalala... adakah korang seperti ini?meh nak bagi tisu.kesat air mata. air hidung pom tak mengalah jugak. mengalir seperti air hujan. air liur?