nuffnang

26 Jan 2013

saya tak tahu nak bagi tajuk apa :D


saya suka belon! erkkk tetiba 

hi selamat pagi korang,

selalunya i bila je klik "new post" , mula la ingatan nie teringatkan eh baju aku dah cuci belum?, omaaigod test malam esok!, kuiz minggu depan !, assingmnent aku tak siap lagi ! " eh kambing aku belum bagi makan lagi.heh *ada ke ?

gambar ini tiada kaitan antara hidup dan mati.


jadi i dengan senang hati   berat hati mula klik tanda pangkah . so, i pergi la basuh kain guna mesin basuh (perlu ke mention ) , bagi kambing makan nasi (kambing makan nasi ke ?) , copy paste buat assingment kawan, dah study untuk kuiz dan test .

jadi kepada mama and abah ,
janganlah anda risau kepada puterimu ini kerana puterimu sudah menyiapkan kerja yang perlu selesaikan . jadi lepak kat sini bila ada free time je. hewhew *berdaroh hidung korang baca . ayat tak boleh blah. kalah A samad Said. haa , boleh ganti tempat A Samad Said dah nie. hmm nak tukar nama la pulak jadi A.Elina Samak kena basuh 7 kali.heh

study, study ,study


nanti jangan la yer mama pegi inbox pesbuk sambil membebel dua bakul yer. hmm abah tak reti nak main pesbuk2 nie. mama je up to date ckit. heee

i dah cakap awal2 dah kat ma jangan bebel depan2 . nanti kang turun saham. hee . so dia inbox je la.

eh dah panjang pulak intro dia nie.
buat pengetahuan saudara sedari yer. nie belum masuk pendahuluan lagi nie.

haa nie baru nak start pendahuluan .

meh nak story cikit 

begini ceritanya

malam tadi i baru je balik test ECE. sebelum test tuh, bila je bukak pesbuk and twitter ramai je orang duk sebuk pasal test ece. good luck la, doakan supaya jawab test dengan baik

 so i pun nak post la satu.
"test ece, test ece,test ece ? apa aku nak jawab nie weyyy !

insyaallah

serius , makin lama i study makin tak paham pulak. eh kurang paham kata sir yusoff,lecture linear system i. bukan tak paham yer. i ulang lagi sekali.

 Dengan berat hati serta berat mata memandang lagi, i mula melangkah kaki ini ke dewan dengan membawa seribu impian yang tidak dapat ditunaikan . Test ECe mesti akan ku tempuhi !!

setiap langkah membawa sejuta satu erti . hoho


jadi bila kertas diedarkan dan boleh mula menjawab , i pun jawab dengan stail redha and berserah.

bajet stail cemgini lah i jawab test tadi. haaaa. padahal apa pen tak sure jawapan dia. eksenn je lebih.


dan bila je lecture umumkan masa sudah tamat. muka rakan-rakan i tak boleh blah semua. happy semacam je. macam nak celebrate je lepas test tuh. hamboi lepas test je pun. bukan final.

maap kak lisa sughi ghumaahh , saya curik gambar kak kejap yer sebab ekpresi muka akak sama dengan saya. *time abis test. yeayyyy!!! cepat je pegi hantar kertas kat depan . hehehe.... eeee tak sabar,tak sabar nak hantar kertghass niee!!!
ok dah habis , ceghita pasal test nie. makin dicerita makin tertekonnn rasanyer.

haa, baru-baru nie uoll i celebrated maulidur rasul. sambut dekat u. jadi kitorang join perarakan maulidur rasul. perarakan tuh start pukul 7.30 . tapi janji melayu katakan dalam pukul 8 lebih baru bermulanya majlis.

jadi ini kali kedua i join perarakan. yang first tahun lepas i join.



tema kitorang warna biru tau. thank god ! heee... i minat biru sebab tuh la bila je kolej umumkan yang tema kolej kitorang warna biru and merah i dah mula senyum sampai telinga. yes ! i know which baju kurung i will wear on that day .

eh wait ! where im looking ?? alahaaii patut kawan i bengang cakap i tak pandang kamera. then i answered: weyhh candid kan. candid hotak hang ... heh


 again i did look straight ! arghh... nampak cacat je kan. diorang bukan main lagi sengih bila nampk camera. i pulak ? pandang sebelah lain ... hoho . sorry guy.next time i'll not do it. 


time perarakan. we walked start from stadium until DA which is about 1.5 KM . 

me, ila and mama(dura), ila called dura "mama" i dont know why. maybe dura penuh dengan sifat keibuan. maybe . heee


at DA, please guys dont ask me DA stand for what. i tak ingat nama  penuh dia. heeee .. we just called it DA. so it DA tadaaaa. time nak tunggu penceramah datang .jadi apa tunggu lagi , bergambar la yer.. 


setakat tu jela i nak cerita. mengantuk dah. esok nak kena bangun awal sebab nak pergi teman kawan ambik ubat ulser and buasir kat klinik. heh. shhhhhh
*kalau jadila

p/s: maap yer jika anda tak paham dengan ayat i yang berbelit.untuk pengetahuan korang. i baru balik dari test jadi otak tengah mereng lagi.hee selamat tido! bye!

2 comments:

محمد رازيق said...

moga dapat result cemerlang test.

Elina Leena said...

terima kasih yer :D